POLISI EKSA

Polisi EKSA Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah adalah bertujuan untuk memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, teratur dan selamat di samping meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan berkualiti yang berterusan oleh anggota. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan :-

  • Memastikan setiap anggota mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup mengenai penjagaan kebersihan melalui latihan yang berkualiti dan berkesan.

  • Meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan, amalan hijau dan penjimatan dengan memberikan komitmen yang tinggi dan semangat kerja berpasukan dalam memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa di dalam keadaan yang kondusif.

  • Menjadikan kebersihan dan kekemasan tempat kerja tanggungjawab setiap anggota dan amalan murni ini dilaksanakan secara berterusan.